Suplemen besi untuk kanak-kanak yang tinggal dalam negara-negara endemik malaria

Kenapa ulasan ini sangat penting

Kanak-kanak yang tinggal dalam kawasan malaria, sering mengalami anemia (kekurangan darah). Anemia jangka panjang dipercayai melambatkan perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak juga lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dalam kawasan di mana anemia biasa terjadi, suplemen besi diberi oleh penyedia perkhidmatan kesihatan untuk mencegah anemia. Akan tetapi, terdapat kebimbangan dalam kalangan penyelidik bahawa ini mungkin meningkatkan risiko malaria.  IAdalah dikatakan bahawa tablet besi akan meningkatkan tahap zat besi dalam darah dan ini akan menggalakkan pertumbuhan parasit Plasmodium yang menyebabkan malaria Tujuan kami adalah untuk mengkaji kesan-kesan suplemen besi oral atas kanak-kanak yang tinggal di negara endemik malaria

Penemuan utama dalam ulasan ini

Penyelidik Cochrane telah mengumpul bukti yang ada sehingga 30 Ogos 2015 dan ia termasuk 35 kajian (melibat 31,955 kanak-kanak). Besi tidak meningkatkan risiko malaria, yang ditandakan dengan demam dan kehadiran parasit dalam darah (bukti berkualiti tinggi).Walaupun tiada peningkatan risiko maut dalam kanak-kanak yang dirawat dengan besi, kualiti bukti untuk ini adalah rendah. Tidak terdapat juga risiko untuk malaria parah dalam kalangan kanak-kanak yang dirawat dengan besi (bukti berkualiti tinggi).Walaupun hipotesis bahawa pengambilan pil zat besi mungkin membahayakan kanak-kanak yang tidak mempunyai anemia dan yang juga tinggal di kawasan malaria, ada kemungkinan tiada peningkatan risiko untuk malaria dalam kanak-kanak ini (kualiti bukti sederhana). Dalam kawasan di mana perkhidmatan kesihatan adalah cukup untuk menangani malaria, pemberian suplemen besi (dengan acid folik atau tidak) boleh mengurangkan malaria klinikal. Dalam kawasan yang ketiadaan perkhidmatan kesihatan pula, suplemen besi (dengan acid folik atau tidak) boleh meningkatan nombor kanak-kanak yang mengalami malaria klinikal.(bukti berkualiti rendah)Secara keseluruhan, suplemen besi mengurangkan nombor kanak-kanak yang mengalami anemia, di susulan, dengan akhir purata hemoglobin lebih tinggi dari garis asas.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, suplementasi besi tidak menjejaskan kanak-kanak yang tinggal di kawasan endemik malaria. Berdasarkan pengulasan kami, suplementasi pil zat besi secara rutin tidak perlu ditahan daripada diberikan kepada kanak-kanak yang tinggal di negara-negara di mana malaria adalah lazim dan perkhidmatan pengurusan malaria boleh didapati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information