Cara penjagaan kerjasama untuk pesakit kemurungan dan kebimbangan

Ramai orang mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan. Masalah-masalah ini boleh menyebabkan seseorang merasa sedih, takut dan juga membunuh diri. Ia boleh menjejaskan pekerjaan, hubungan dan kualiti hidup mereka. Kemurungan dan kebimbangan boleh berlaku disebabkan masalah peribadi, kewangan, sosial atau kesihatan.

Cara penjagaan kerjasama merupakan satu cara innovasi untuk merawa tkemurungani dan kebimbangan. Cara ini melibatkan beberapa pakar kesihatan bekerjasama dengan seorang pesakit untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Cara penjagaan kerjasama sering melibatkan seorang doktor perubatan, pengurus kes (mempunyai latihan dalam kemurungan dan kebimbangan), dan pakar kesihatan mental seperti ahli psikiatri. Pengurus kes mempunyai hubungan rapat dengan pesakit itu dan menetapkan penjagaannya, bersama-sama dengan doktor perubatan dan pakar. Pengurus kes boleh menawarkan bantuan melalui ubat-ubatan, atau akses dengan 'terapi bercakap' untuk membantu pesakit menjadi lebih baik.

Cara penjagaan kerjasama telah diuji di kalangan pesakit-pesakit di beberapa negara dan sistem penjagaan kesihatan, tetapi masih tidak jelas sama ada ia perlu disyorkan untuk orang yang mengalami kemurungani atau kebimbangan.

Dalam ulasan ini, kami mendapati 79 kajian rawak terkawal (RCTs) (90 perbandingan) yang melibatkan 24,308 pesakit di seluruh dunia, membandingkan cara penjagaan kerjasama dengan penjagaan rutin atau rawatan alternatif (seperti rundingan-perhubungan) untuk kemurungan dan kebimbangan. Terdapat beberapa masalah dengan kaedah dalam beberapa kajian tersebut. Sebagai contoh, kaedah yang digunakan untuk membahagikankan pesakit ke kumpulan cara penjagaan kerjasama atau penjagaan rutin tidak selalunya bebas daripada berat sebelah, dan ramai pesakit tidak melengkapkan lawatan susulan atau memberikan maklumat tentang keputusannya. Kebanyakkan kajian tertumpu kepada penyakit kemurungan dan bukti menunjukkan bahawa cara penjagaan kerjasamadalah lebih baik daripada rawatan rutin dalam mengurangkan depresi sehingga dua tahun seterusnya. Sebilangan kecil daripada kajian mengkaji kesan cara penjagaan kerjasamauntuk penyakiti kebimbangan dan bukti menunjukkan bahawa cara penjagaan kerjasama juga lebih baik daripada rawatan biasa dalam mengurangkan kebimbangan sehingga dua tahun seterusnya. Cara penjagaan kerjasama meningkatkan bilangan pesakit yang menggunakan ubat selari dengan garis panduan semasa, dan boleh meningkatkan kualiti kesihatan berkaitan mental kehidupan. Pesakit dengan kemurungani dan kebimbangan yang dirawat dengan cara penjagaan kerjasama juga lebih berpuas hati dengan rawatan mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Wai Kay (Penang Medical College). Disunting oleh MW Chan (Penang Medical college).Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi wk_wong@ms.pmc.edu.my

Tools
Information