Probiotik dalam kalangan bayi untuk pencegahan penyakit alahan dan hipersensitiviti makanan

Tidak ada bukti yang mencukupi untuk mengesyorkan penambahan probiotik ke dalam makanan bayi untuk pencegahan penyakit alahan atau reaksi kepada makanan. Reaksi kepada makanan dan alahan (termasuk asma, ekzema dan demam alergi) adalah biasa dan ia mungkin akan meningkat di negara maju. Kebanyakkan bayi menjadi peka kepada makanan, termasuk rumusan bayi, melalui saluran gastrousus mereka, satu proses yang mungkin dijejaskan oleh komposisi bakteria usus. Percubaan untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria gastrousus yang normal dan mencegah pemekaan kepada makanan juga merangkumi penggunaan probiotik. Probiotik adalah bakteria hidup yang menjajah saluran gastrousus dan memberi manfaat kesihatan kepada perumah. Ulasan ini mendapati bahawa probiotik yang ditambah ke dalam makanan bayi dapat membantu mencegah ekzema dalam kalangan bayi, dengan satu kajian mencadangkan manfaat mungkin akan berterusan hingga usianya empat tahun. Walau bagaimanapun, kebimbangan mengenai kualiti kajian, tidak kekonsistenan dapatan antara kajian, dan hakikat bahawa faedah tidak berterusan jika terhad kepada bayi dengan bukti pemekaan kepada alergen, mencadangkan bahawa kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information