Haloperidol untuk rawatan loya dan muntah dalam penjagaan pesakit paliatif

Haloperidol sering digunakan untuk membantu mengawal loya atau muntah, di mana kedua-duanya merupakan masalah biasa bagi pesakit dengan penyakit yang berbahaya. Haloperidol boleh diberikan melalui mulut atau suntikan. Terdapat kajian untuk melihat keberkesanan haloperidol untuk merawat loya dan muntah yang disebabkan pembedahan dan ubat kanser.

Ini adalah pembaharuan untuk ulasan asal yang diterbitkan pada 2009, dimana tiada kajian yang memenuhi kriteria inklusif. Terdapat satu kajian pada November 2014 yang menggunakan ujian rawak terkawal yang membandingkan gel ABH (Ativan®, Benadryl®, Haldol®) yang mengandungi haloperidol dan dua ubat, dengan plasebo.

Kajian menunjukkan tiada perbezaan antara gel ABH dan plasebo. Namun, ini mungkin kerana haloperidol tidak dapat diserap setelah gel ABH disapu. Kami menemui satu ujian yang menggunakan haloperidol untuk merawat loya dan muntah dalam kalangan pesakit kanser. Kajian menunjukkan haloperidol adalah berkesan dalam 65% pesakit namun keputusan penuh belum lagi diterbitkan dalam tempoh ulasan ini. Ujian selanjutnya dijalankan di Australia, yang membandingkan haloperidol dengan methotrimeprazine (levomepromazine) yang digunakan untuk merawat loya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, kelas siswazah 2020). Disunting oleh Jasmine Lee (Universiti Kebangsaan Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information