Bisphosphonate untuk kanser prostat lanjutan

Soalan ulasan

Ulasan dan analisis ini membandingkan kemungkinan pengurangan sakit, bilangan komplikasi tulang (peristiwa yang berkait dengan skeletal), bilangan kematian, kualiti hidup, kesan sampingan, penggunaan analgesik (ubat tahan sakit) dan perkembangan kanser dalam kalangan lelaki dengan metastasis tulang (kanser tulang) dari kanser prostat.

Latar belakang

Prostat adalah kelenjar dalam sistem pembiakan lelaki. Kanser prostat boleh merebak ke bahagian lain badan (dipanggil metastasis) termasuk tulang. Fraktur tulang dan mampatan saraf tunjang adalah komplikasi yang ditakuti selain kematian akibat kanser prostat. Bisphosphonate adalah ubat-ubatan yang berinteraksi dengan pembentukan tulang baharu dan mungkin berguna untuk mencegah lelaki mengalami kesakitan tulang, fraktur tulang atau komplikasi skeletal lain. Kami menumpukan ulasan ini kepada sakit kerana kesakitan sering berlaku dan boleh menyekat aktiviti kehidupan harian dan mungkin memerlukan rawatan lanjut.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data perubatan hingga 13 Julai 2017. Dua penulis ulasan memeriksa, meringkaskan dan menganalisis hasil penemuan secara bebas. Sebanyak 18 kajian klinikal dimasukkan.

Keputusan utama

Kami mendapati bukti berkualiti rendah bisphosphonate tidak memberi perbezaan klinikal yang relevan dalam respons sakit (tiga kajian melibatkan 876 lelaki) berbanding plasebo (rawatan pura-pura) atau tiada rawatan tambahan. Bisphosphonate mengurangkan sakit lebih 40 lelaki dalam setiap 1000 lelaki (kurang daripada 19 hingga lebih daripada 114).

Kami mendapati bukti berkualiti sederhana bisphosphonate mungkin menghasilkan kurang daripada 58 peristiwa yang berkait dengan skeletal dalam setiap 1000 orang (kurang 85 hingga kurang dari 27). Bisphosphonate tidak menunjukkan perbezaan jelas dalam bilangan lelaki yang meninggal atau bilangan lelaki yang mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit. Kami melihat bukti berkualiti sederhana bisphosphonate mungkin meningkatkan bilangan lelaki dengan mual. Bisphosphonate mengakibatkan tujuh lagi lelaki dengan mual dalam setiap 1000 lelaki (kurang daripada 0 hingga lebih daripada 14). Kami mendapati bukti berkualiti sederhana bisphosphonate mungkin meningkatkan bilangan lelaki dengan masalah buah pinggang. Dalam kes ini, bisphosphonate mengakibatkan lebih 22 lelaki mempunyai komplikasi renal bagi setiap 1000 lelaki (lebih daripada 4 hingga 50). Untuk osteonekrosis rahang (di mana tulang rahang menjadi lemah dan mati), kami mendapati bukti berkualiti sangat rendah bisphosphonate tidak menunjukkan perbezaan jelas. Kami melihat bukti berkualiti sederhana bisphosphonate mungkin menurunkan bilangan lelaki yang terjejas dengan progressi penyakit (di mana penyakit menjadi lebih teruk). Ini bermakna bisphosphonate menyebabkan kurang daripada 36 lelaki dengan progressi penyakit dalam setiap 1000 lelaki (kurang 71 hingga 7). Kami mendapati tiada data yang berguna untuk kualiti hidup.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti sebagai sederhana hingga sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save