Amniotomi untuk memendekkan proses bersalin spontan

Bukti tidak menyokong memecahkan air tetuban secara rutin untuk wanita dalam process bersalin yang spontan atau di mana process kelahiran telah berpanjangan.

Tujuan memecahkan air tetuban (juga dikenali sebagai pecah membran "artificial rupture of membrane"(ARM), atau amniotomi), adalah untuk mempercepatkan dan mengukuhkan pengecutan, dan dengan itu memendekkan jangka masa bersalin Membran itu ditusukkan dengan cangkuk tangan panjang seperti mengait semasa pemeriksaan vagina, dan air tetuban terpancut keluar. Pemecahan membran dipercayai melepaskan bahan kimia dan hormon yang merangsangkankan kontraksi. Amniotomi menjadi amalan biasa sejak kebelakangan ini di banyak negara di seluruh dunia. Di beberapa pusat ia disokong dan dijalankan secara rutin pada semua wanita, dan kebanyakkan pusat menggunakan untuk wanita dimana proses bersalin telah berpanjangan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit bukti bahawa proses bersalin yang lebih pendek mempunyai manfaat untuk ibu atau bayi. Terdapat beberapa kepentingan tetapi risiko jarang dikaitkan dengan amniotomi, termasuk masalah dengan tali pusat atau kadar jantung bayi.

Ulasan kajian-kajian ini menilai penggunaan amniotomi dalam semua proses bersalin yang bermula secara spontan. Terdapat 15 kajian dikenalpasti, melibatkan 5583 wanita, tiada kajian menilai sama ada amniotomi meningkatkan paras kesakitan wanita dalam proses bersalin. Bukti tidak menunjukkan sebarang kependekkan dalam proses bersalin diperingkat pertama dan kemungkinan meningkatan pembedahan caesarean. Amniotomi rutin tidak digalakkan sebagai sebahagian daripada pengurusan proses bersalin yang biasa dan penjagaannya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd JB) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save