Probiotik untuk merawat ekzema

Tidak ada bukti yang cukup untuk mengesyorkan penggunaan probiotik untuk rawatan ekzema.

Ekzema adalah satu keadaan kulit yang dicirikan oleh ruam merah yang gatal, yang mempengaruhi antara 5 hingga 20% orang pada suatu masa dalam kehidupan mereka. Penghidap ekzema mempunyai bakteria yang berbeza dalam usus mereka berbanding dengan orang tanpa ekzema, dan kadang-kadang mereka mempunyai keradangan dalam usus mereka. Adalah mungkin untuk merawat gejala ekzema dengan penukaran campuran bakteria usus atau dengan mengurangkan keradangan dalam usus. Satu jenis rawatan yang mungkin boleh mencapai matlamat ini adalah probiotik - ini adalah mikroorganisma hidup yang diambil melalui mulut seperti bakteria Lactobacillus yang terdapat dalam susu tidak pasteur dan yogurt. Ulasan dua belas kajian ini mendapati bahawa probiotik tidak mengurangkan gejala-gejala ekzema seperti gatal atau tidak juga mengubah tahap keterukan keseluruhan ekzema seperti yang dinilai oleh pesakit atau doktor mereka. Keputusan adalah berbeza di antara kajian-kajian tetapi secara keseluruhan ia tidak menunjukkan bahawa probiotik adalah satu rawatan yang berkesan untuk ekzema. Kajian lanjut probiotik baru adalah diperlukan, kerana mungkin pelbagai jenis probiotik yang belum dikaji dalam rawatan ekzema boleh menjadi lebih berkesan. Probiotik jarang boleh menyebabkan jangkitan dan masalah usus.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan