Ubat antiamoebic untuk merawat amoebic colitis

Amoebic colitis adalah disebabkan oleh parasit histolytica Entamoeba.Protozoa ini didapati di seluruh dunia dan biasanya menjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar. Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 40 hingga 50 juta orang dijangkiti E. histolytica mengalami kolis atau nanah extraintestinal amoeba, yang menyebabkan sehingga 100,000 kematian setiap tahun.

Metronidazole kini merupakan ubat pilihan untuk merawat amoebiasis invasif dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak, akan tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menghapuskan sista parasit dalam usus. Oleh itu, kombinasi dengan ubat-ubatan lain juga digunakan. Akan tetapi, bukti untuk menyokong terapi kombinasi belum diulas sebelum ini. Tambahan lagi, beberapa kesan buruk yang berkaitan dengan metronidazole dalam sesetengah pesakit, dan kemungkinan rintangan parasit terhadap metronidazole juga perlu dipertimbangkan.

Ulasan ini membandingkan ubat berbeza yang digunakan terhadap amoebic colitis, secara bersendirian atau dalam kombinasi, dan juga menilai rejimen satu dos berbanding rejimen yang lebih panjang.

37 ujian dengan 4487 peserta telah dilibatkan, dan hanya satu yang mempunyai kaedah berkualiti tinggi. Tinidazole mengurangkan kegagalan klinikal berbanding dengan metronidazole dan telah dikaitkan juga dengan kejadian buruk yang kurang. Terapi kombinasi kurang mengakibatkan kegagalan parasitologi berbanding dengan metronidazole sahaja.

Penulis membuat kesimpulan bahawa tinidazole adalah lebih berkesan untuk mengurangkan kegagalan klinikal berbanding dengan metronidazole, dan mempunyai lebih kurang kesan buruk yang berkaitan. Tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan mengenai keberkesanan ubat antiamoebic lain. Walau bagaimanapun, kualiti kaedah ujian-ujian ini pada umumnya tidak mencukupi. Juga, pilihan ubat-ubatan antiamoebic akan bergantung kepada ketersediaan dan akses ubat-ubatan.

Ujian rawak yang lebih berkualiti dengan hasil yang berpiawai diperlukan untuk menilai keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat amoebic colitis. Terdapat juga keperluan untuk menambah baik, ujian diagnostik yang boleh dipercayai supaya dapat digunakan di negara-negara membangun.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan