Antibiotik untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan pemulihan selepas tonsilektomi

Tonsilektomi adalah pembedahan lazim yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Selepas pembedahan, hampir semua pesakit mengalami sakit yang ketara, perlu ubat tahan sakit secara kerap dan tidak dapat meneruskan diet dan aktiviti normal untuk beberapa jam. Komplikasi yang jarang tetapi lebih berbahaya, seperti perdarahan dari kawasan pembedahan, juga berlaku. Antibiotik lazim dipreskripsi untuk mengurangkan sebahagian atau semua kesan yang tidak diingini akibat tonsilektomi.

Ulasan terkini, walau bagaimanapun, mencadangkan bahawa antibiotik tidak mengurangkan kesakitan, keperluan ubat tahan sakit atau pendarahan. Kajian-kajian tersebut, walau bagaimanapun, dilihat dapat mengurangkan demam. Manfaat yang relatif kecil mungkin disebabkan oleh kelemahan kajian-kajian itu berbanding dengan sebarang kesan langsung daripada antibiotik. Risiko peristiwa buruk, seperti ruam kulit dan cirit-birit adalah tinggi sedikit dalam kalangan pesakit yang telah diberi antibiotik. Oleh itu, tanpa manfaat yang jelas dan signifikan, dan dengan potensi bahaya, kami tidak menyesyorkan penggunaan antibiotik secara rutin untuk pesakit yang menjalani tonsilektomi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information
Share/Save