Akupunktur untuk insomnia

Walaupun rawatan-rawatan konvensional bukan- farmakologi dan farmakologi untuk insomnia adalah berkesan dalam ramai orang, rawatan-rawatan alternatif seperti akupunktur juga diamalkan dengan meluasnya. Ulasan ini telah dijalankan untuk menilai efikasi dan keselamatan akupunktur dalam rawatan insomnia. Tiga puluh tiga kajian terkawal secara rawak layak untuk dimasukkan dalam ulasan ini, yang melibatkan seramai 2293 peserta. Kami menganggap kesemua kajian mempunyai risiko berat-sebelah ('bias') yang tinggi. Terdapat kepelbagaian dalam jenis peserta, rawatan-rawatan akupunktur dan pengukur hasil tidur yang digunapakai, yang menghadkan keupayaan kami untuk mencapai kesimpulan yang boleh diyakini. Pada masa ini, tidak terdapat bukti klinikal yang berkualiti tinggi untuk pengetahuan kami mengenai efikasi dan keselamatan akupunktur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save