Antidepresan untuk merawat sakit neuropatik

Beberapa ubat yang digunakan untuk merawat depresi (antidepresan) adalah berkesan dalam merawati sakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf (sakit neuropatik). Sekurang-kurangnya satu per tiga pesakit dengan sakit neuropatik yang mengambil antidepresan tradisional (seperti amitriptyline) dapat melegakan sakit dengan sederhana atau lebih baik. Terdapat juga bukti bahawa Venlafaxine, antidepresan yang lebih baru, mempunyai keberkesanan yang sama dengan antidepresan tradisional. Walau bagaimanapun, lebih kurang satu per lima daripada mereka yang mengambil ubat-ubatan ini untuk sakit tidak meneruskan terapi kerana kesan buruk. Terdapat bukti yang sangat terhad bahawa beberapa antidepresan lain yang lebih baru, dikenali sebagai SSRIs, mungkin berkesan tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkannya. Sakit neuropatik boleh dirawat dengan antidepresan dan kesannya adalah tidak berkaitan dengan sebarangh kesan ke atas depresi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information