Ejen perendah lipid untuk sindrom nefrotik

Sindrom nefrotik adalah sejenis penyakit yang agak jarang berlaku di mana buah pinggang membocorkan protein ke dalam air kencing. Satu tanda awal yang lazim ialah bengkak di kaki dan muka. Tanda-tanda dan gejala-gejala lain sindrom nefrotik termasuklah paras protein dalam darah rendah, dan paras lemak tinggi dalam darah, terutamanya kolesterol dan trigliserida.

Pengurusan sindrom nefrotik termasuklah terapi untuk mengurangkan lemak (lipid) dalam darah. Beberapa jenis ejen perendah lipid termasuklah statin, sekuestran asid hempedu, asid nikotinik dan ezetimibe boleh digunakan.

Kami mencari bukti dari RCT untuk menentukan jika ubat perendah lipid bermanfaat bagi orang dengan sindrom nefrotik. Kami mendapati lima kajian kecil yang menyiasat empat jenis ubat perendah lipid (simvastatin, lovastatin, fluvastatin, gemfibrozil) dalam kalangan 203 peserta dengan sindrom nefrotik.

Pada masa ini tiada cukup bukti berkualiti tinggi daripada kajian-kajian yang diterbitan untuk menentukan jika ejen perendah membantu menguruskan ‘dyslepidaemia’ dalam kalangan orang dengan sindrom nefrotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information