Minyak ikan untuk penerima pemindahan buah pinggang

Ulasan ini bertujuan untuk menilai sebarang faedah atau kebahayaan dalam penggunaan minyak ikan untuk mengurangkan risiko kerosakan ginjal dan penyakit jantung pada orang yang telah menjalani pemindahan ginjal dan menerima ubat standard untuk mencegah penolakan. Maklumat dari 15 kajian digunakan dan menunjukkan bahawa minyak ikan memberikan sedikit peningkatan kolesterol HDL dan tekanan darah diastolik. Kajian ini tidak memberikan maklumat yang mencukupi mengenai perbezaan risiko kematian, penyakit jantung, penolakan pemindahan ginjal atau fungsi ginjal antara pesakit yang menerima minyak ikan dan mereka yang menerima plasebo. Nampaknya tidak ada kesan berbahaya pada pengambilan minyak ikan. Manfaat mengambil minyak ikan selepas pemindahan buah pinggang adalah peningkatan ringan dalam beberapa faktor risiko penyakit jantung. Tidak ada cukup maklumat untuk menunjukkan manfaat dalam mencegah penyakit jantung atau pengurangan fungsi ginjal. Kajian yang lebih besar dan lebih baik diperlukan sebelum penggunaan minyak ikan secara berkala.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information