Terapi ubat untuk sakit dalam sklerosis lateral amiotrofik atau penyakit saraf motor

Sklerosis lateral amiotrofik (ALS), juga dikenali sebagai penyakit saraf motor (MND), adalah gangguan neurodegeneratif sistem motor yang lazim dalam kalangan orang dewasa. Sakit adalah gejala yang kerap berlaku dan mungkin mempunyai impak kualiti hidup dan penderitaan yang ketara. Walaupun terdapat carian meluas pelbagai pangkalan data perubatan, ulasan ini tidak dapat mengenal pasti sebarang kajian rawak terkawal tentang terapi ubat untuk sakit dalam ALS. Pada masa ini (hingga Julai 2012) tidak wujud bukti untuk menggunakan satu jenis rawatan dengan yang lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information