Laser-assited in-situ keratomileusis (LASIK) berbanding photorefractive keratectomy (PRK) untuk membetulkan rabun jauh.

Miopia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan rabun jauh, yang bermaksud anda tidak boleh melihat objek pada jarak yang jauh dengan jelas Kebanyakan orang dengan miopia memakai cermin mata atau kanta lekap. Cermin mata boleh menjadi tidak selesa dan bukan praktikal untuk sukan; kanta lekap boleh dikaitkan dengan jangkitan kornea Untuk sebab-sebab ini, sesetengah orang memilih untuk menjalani pembedahan untuk miopia. Dua teknik pembedahan yang biasa digunakan ialah LASIK dan PRK. Kedua-dua prosedur ini menggunakan laser untuk membuang tisu kornea dan membentuk semula kornea. Ulasan ini menganalisa keputusan daripada 13 kajian klinikal di mana 1923 mata daripada 1135 peserta telah dirawat secara rawak dengan LASIK atau PRK. Kami menganggap keseluruhan kualiti bukti dari kajian-kajian ini agak rendah. Terdapat beberapa bukti bahawa LASIK memberikan pemulihan visual yang lebih cepat daripada PRK, dan ianya satu teknik yang kurang menyakitkan, walaupun keputusan visual pada satu tahun selepas pembedahan adalah setanding. Teknik pembedahan menunjukkan kemajuan sepanjang masa dan ujian lanjut diperlukan untuk memastikan kedua-dua LASIK dan PRK, yang kini diamalkan adalah sama selamat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan