Tai chi untuk artritis reumatoid

Adakah Tai Chi membantu pesakit dengan artritis reumatoid?
Untuk menjawab soalan ini, para saintis menganalisis 4 kajian. Kajian-kajian ini menguji 202 orang yang ada artritis reumatoid. Sesetengahnya menghadiri kelas, diajar atau mengamal Tai Chi selama 8 hingga 10 minggu. Ada orang lain tidak menerima kelas dengan Tai Chi. Kajian-kajian ini tidak berkualiti tinggi tetapi ulasan Cochrane ini menyediakan bukti terbaik yang ada hari ini tentang Tai Chi.

Apakah Tai Chi dan bagaimana ia boleh membantu orang dengan artritis reumatoid?
Artritis reumatoid adalah sejenis penyakit di mana sistem imun badan menyerang tisu-tisu sihatnya sendiri. Serangan berlaku kebanyakannya pada sendi kaki dan tangan dan menyebabkan kemerahan, sakit, bengkak dan kehangatan di sekitar sendi. Tai Chi, yang juga dipanggil 'Tai Chi Chuan' menggabungkan pernafasan dalam dan relaksasi dengan pergerakan yang perlahan dan lembut. Dalam kalangan orang yang lebih tua, Tai Chi telah menunjukkan pengurangan stres, meningkatkan kekuatan otot di bawah badan, dan menambahbaik imbangan, postur dan keupayaan untuk bergerak. Tidak diketahui sama ada Tai Chi boleh memberi manfaat yang sama untuk oranng dengan artritis reumatoid.

Adakah Tai Chi berkesan?
Dua kajian diuji dan menunjukkan bahawa keupayaan orang untuk melakukan kerja-kerja harian, kesakitan pada sendi, bilangan sendi yang bengkak dan kekuatan cengkaman adalah lebih kurang sama, sama ada mereka mengamalkan Tai Chi atau tidak.

Satu kajian menguji dan menunjukkan bahawa julat pergerakan buku lali, pinggul dan lutut bertambah baik apabila mengamalkan Tai Chi berbanding dengan tidak mengamalkan Tai Chi. Selepas 10 minggu dengan Tai Chi dan 4 bulan kemudian, orang-orang yang mengamalkan Tai Chi seronok dengan program tersebut dan merasa mereka telah bertambah baik lebih daripada orang-orang yang tidak dapat melakukan Tai Chi.

Walau bagaimnanapun kajian-kajian tersebut, tidak menguji penambahbaikan sakit atau kualiti hidup.

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
Dalam dua kajian, kira-kira satu pertiga daripada orang-orang yang melakukan Tai Chi mengadu kakit lutut, bahu atau bahagian bawah belakang untuk 3 minggu pertama tetapi kesakitan berkurangan dan mereka teruskan Tai Chi (kecuali seorang). Lebih ramai orang meninggalkan kajian apabila mereka tidak melakukan Tai Chi.

Apakah dasarnya
Terdapat bukti tahap "perak" bahawa Tai Chi menambahbaik julat pergerakan buku lali, pinggul dan lutut dalam kalangan orang dengan artritis reumatoid. Ia tidak menambahbaik keupayaan untuk melakukan kerja-kerja, sakit sendi, kekuatan genggaman atau bilangan sendi yang bengkak atau juga meningkatkan gejala-gejala artritis reumatoid. Tetapi, orang merasakan mereka bertambah baik apabila mengamalkan Tai Chi dan seronok dengannya.

Masih tidak diketahui sama ada ia menambahbaikkan sakit artritis reumatoid atau kualiti hidup seseorang. Adalah tidak jelas juga berapa banyak, betapa sengit dan untuk berapa lama Tai Chi yang perlu diamalkan untuk melihat manfaatnya.

Berdasarkan Han A, Robinson V, Judd M, Taixiang W, Wells G, Tugwell P. Tai Chi Untuk Merawat Artritis Reumatoid. Dalam Perpustakaan Cochrane , Isu 3, 2004 (dalam cetakan).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan