Probiotik untuk mencegah cirit-birit berkaitan dengan antibiotik pada kanak-kanak

Apakah cirit-birit berkaitan dengan antibiotik?

Cirit-birit berkaitan dengan antibiotik (AAD) berlaku apabila antibiotik mengganggu keseimbangan semulajadi bakteria "baik" dan "tak-baik" dalam saluran usus yang menyebabkan bakteria berbahaya membiak pada kadar luar biasa. Gejala-gejala AAD termasuk kerap buang air besar berair dan sakit kekejangan pada abdomen.

Apakah probiotik?

Probiotik terdapat dalam makanan tambahan atau yogurt dan mengandungi bakteria yang bermanfaat atau yis. Probiotik boleh mengembalikan keseimbangan semula jadi bakteria dalam saluran usus.

Apakah yang disiasat oleh penyelidik?

Para penyelidik menyiasat sama ada probiotik mencegah AAD dikalangan kanak-kanak yang menerima terapi antibiotik dan sama ada probiotik menyebabkan sebarang kemudaratan (kesan sampingan). Para penyelidik telah mencari literatur perubatan secara luas sehingga November 24, 2014.

Apkah yang dijumpai oleh penyelidik?

Dua puluh tiga kajian telah dikaji semula dan menyediakan bukti yang terbaik. Kajian diuji pada 3938 kanak-kanak (2 minggu sehingga 17 tahun) yang telah menerima probiotik bersama dengan antibiotik untuk mencegah AAD.Para peserta menerima probiotik ( Lactobacilli spp., Bifidobacterium spp., Streptococcus spp. , atau Saccharomyces boulardii bersendirian atau dalam gabungan), plasebo (pil tidak termasuk probiotik), rawatan lain yang dianggap untuk mengelakkan AAD (iaitu diosmectite atau formula bayi) atau tiada rawatan. diosmectite or infant formula) or no treatment. Kajian adalah jangka pendek, tempoh dari 1 hingga 12 minggu. Analisis menunjukkan bahawa probiotik mungkin berkesan untuk mencegah AAD. Insiden AAD dalam kumpulan probiotik adalah 8% (163/1992) berbanding dengan 19% (364/1906) dalam kumpulan kawalan.Probiotik secara umumnya diterima baik, dan kesan sampingan kecil adalah jarang, dengan tiada perbezaan yang mustahak antara probiotik dan kumpulan kawalan. Kebanyakkan kesan sampingan dilaporkan di plasebo, penjagaan standard atau tiada kumpulan rawatan. Kesan-kesan sampingan yang dilaporkan dalam kajian termasuk ruam, loya, gas, kembung perut, kembung perut, sakit perut, muntah, bertambah kahak, sakit dada, sembelit, gangguan rasa, dan selera makan yang rendah.Antara pelbagai probiotik yang dinilai, Lactobacillus rhamnosus atau Saccharomyces boulardii pada 5 hingga 40 bilion menguasai pembentukkan unit / hari yang mungkin sesuai untuk mencegah AAD pada kanak-kanak menerima antibiotik. Ia adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai keberkesanan dan keselamatan agen probiotik lain untuk mencegah AAD. Walaupun tiada kesan sampingan probiotik yang serius telah diperhatikan di kalangan kanak-kanak yang sihat yang mengambil bahagian dalam kajian, kesan sampingan yang serius telah diperhatikan pada kanak-kanak yang imunisasi sangat lemah atau dengan faktor risiko tersembunyi termasuk kateter vena sentral (tiub fleksibel digunakan untuk memberi ubat-ubatan) kegunaan dan gangguan yang berkaitan dengan translokasi bakteria atau kulat (peredaran bakteria daripada usus ke kawasan-kawasan lain badan). Sehingga kajian lanjut dijalankan, penggunaan probiotik harus dielakkan pada kanak-kanak kerana berisiko untuk kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan