Antibiotik untuk mencegah jangkitan meningokokus

Penyakit meningokokus ialah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitidis(N.meningitidis) dengan kadar kematian yang tinggi: setinggi 15% untuk jangkitan sistem saraf pusat (meningitis) dan sehingga 50% hingga 60% dalam kalangan pesakti yang mendapat jangkitan kuman dalam darah dan 'shock' ( tekanan darah turun terlampau rendah sehingga darah tidak dapat mengalir ke otak); 15% daripada pesakit yang terselamat mengalami kerosakan neurologi yang teruk. Mereka yang mempunyai kontak yang rapat dengan pengidap jangkitan meningokokus serta populasi yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini didalam saluran pernafasan mereka ditawarkan antibiotik bagi membunuh dan membasmi bakteria ini dan seterusnya mencegah penyakit meningokokus.

Data dari 24 kajian, kebanyakannya yang berkualiti tinggi, melibatkan seramai 6885 peserta, menunjukkan bahawa rifampin (juga dikenali sebagai rifampicin), ciprofloxacin, ceftriaxone dan penicillin adalah ubatan yang berkesan untuk pembasmian kuman N.meningitidis. Walaubagaimanapun, kegunaan rifampin kurang sesuai berbanding ubat yang lain kerana terjadinya kerintangan atau resistan terhadap ubat ini selepas rawatan. Terdapat sedikit kesan sampingan yang berlainan diperhatikan dengan antibiotik yang digunakan. Pencegahan penyakit tidak boleh dinilai terus dalam ulasan ini kerana hanya terdapat data untuk pembasmian bakteria sahaja. Jangka waktu temujanji yang berbeza telah dilaporkan di dalam kajian. Bukti yang terdapat dalam ulasan ini daripada Jun 2013 sehingga sekarang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save