Antidepresan untuk mencegah kemurungan selepas bersalin

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Kemurungan selepas bersalin adalah masalah lazim dan penting dengan kesan negatif terhadap ibu, bayi dan seluruh keluarga. Wanita yang tidak tertekan, tetapi berisiko tinggi mengalami kemurungan selepas bersalin, contohnya mereka yang mempunyai sejarah terdahulu dengan gangguan emosi selepas bersalin, mungkin ingin mempertimbangkan pencegahan dengan antidepresan semasa mengandung atau sejurus selepas bersalin. Ulasan ini membincangkan keberkesanan rawatan sedemikian. Hanya dua kajian kecil yang memenuhi kriteria untuk dimasukkan. Kedua-dua kajian menggunakan ubat sejurus selepas bersalin. Ubat-ubatan adalah nortriptyline, tricylic antidepressant (TCA) dan sertraline, perencat pengambilan serotonin terpilih (SSRI). Kedua-dua ubat ini hanya dibandingkan dengan plasebo. Nortripyline tidak menunjukkan sebarang manfaat berbanding plasebo; terdapat beberapa bukti bahawa sertraline berkesan dalam mengurangkan kadar kemurungan selepas bersalin berulang dan meningkatkan masa untuk berulang. Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian itu melibatkan hanya sejumlah kecil wanita dan tidak menggunakan analisis niat untuk merawat. Oleh itu, tiada bukti yang jelas bagi penggunaan antidepresan dalam pencegahan kemurungan selepas bersalin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Share/Save