Vitamin untuk epilepsi

Tiada bukti menunjukkan bahawa asid folik, thiamin, vitamin D atau vitamin E meningkatkan kawalan sawan atau menghalang kesan sampingan bagi penghidap epilepsi.

Ubat antiepileptik memberhentikan sawan dalam 70% daripada penghidap epilepsi dan menyebabkan beberapa kesan sampingan. Ulasan ini menyiasat jika vitamin meningkatkan kawalan sawan atau menghalang kesan sampingan seperti gusi bengkak, masalah ingatan, osteoporosis, masalah dengan pembentukan sel darah dan kesan ke atas saraf periferi. Ulasan ini mengulas penggunaan asid folik, thiamin, vitamin D dan vitamin E dan kualiti kaedah kajian adalah rendah. Tiada bukti menunjukkan bahawa vitamin dapat meningkatkan kawalan sawan atau menghalang kesan sampingan bagi penghidap epilepsi. Kajian lanjut adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information