Program komputer ('Aplikasi Komunikasi Kesihatan Interaktif') untuk orang yang menghidap penyakit kronik

Penghidap penyakit kronik mempunyai pelbagai keperluan, termasuk maklumat tentang penyakit mereka dan pelbagai pilihan rawatan; sokongan sosial; sokongan untuk membuat keputusan; dan bantuan untuk mencapai perubahan tingkah laku, sebagai contoh, perubahan dalam diet atau senaman. Program komputer yang menggabungkan maklumat kesihatan dengan sokongan rakan sebaya atas talian, sokongan keputusan, atau bantuan untuk perubahan tingkah-laku mungkin salah satu cara untuk memenuhi keperluan ini, dan membantu orang ramai untuk mencapai kesihatan yang lebih baik. Ulasan ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana program komputer tersebut, yang dikenali sebagai Aplikasi Komunikasi Kesihatan Interaktif (IHCAs), mungkin memberi kesan kepada penghidap penyakit kronik. Penulis ulasan ini mendapati bahawa IHCAs meningkatkan pengetahuan pengguna, sokongan sosial, tingkah-laku kesihatan dan hasil klinikal. IHCAs mempunyai berkebarangkalian yang lebih tinggi untuk meningkatkan keberkesanan diri pengguna (keyakinan seseorang dalam kemampuan mereka untuk menjalankan tindakan spesifik). Adalah tidak mungkin untuk menentukan sama ada IHCAs mempunyai kesan ke atas emosi dan hasil ekonomi. Kajian yang dirangkumkan melibatkan IHCAs yang berbeza, dengan ciri-ciri yang berbeza, untuk pelbagai jenis penyakit kronik. Terdapat perbezaan dalam beberapa hasil dicerap, dan keputusan haruslah diambil kira dengan berhati-hati. Terdapat keperluan untuk kajian yang lebih besar dan bermutu tinggi untuk mengesahkan penemuan awal ini, untuk menentukan jenis terbaik dan cara terbaik untuk menyampaikan IHCAs dan untuk mewujudkan bagaimana IHCAs memberikan kesan kepada pelbagai kumpulan orang yang menghidap penyakit kronik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Rahimah Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Azlan Husin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi rahimah@usm.my

Tools
Information
Share/Save