Cara untuk menambahbaik penglibatan pesakit yang lebih tua dalam penjagaan primer mereka

Merangsang penglibatan pesakit yang lebih tua dalam penjagaan primer mereka boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka. Oleh itu, kami mengulas kajian-kajian intervensi untuk meningkatkan penglibatan orang tua dalam penjagaan mereka. Terdapat sedikit penyelidikan dalam bidang ini yang melibatkan orang yang lebih tua sebagai sasaran utama penyelidikan. Hanya tiga kajian yang dikenal pasti. Kajian-kajian tersebut menilai kesan persediaan bertulis atau bersemuka untuk perundingan dengan doktor. Intervensi buku pra-lawatan dan sesi pra-lawatan (sama ada gabungan atau sesi pra-lawatan sahaja) menimbulkan tingkah laku lebih menyoal oleh orang tua dan tingkah laku lebih aktif melapor sendiri. Secara keseluruhan, terdapat bukti yang terlalu sedikit tentang kesan intervensi untuk meningkatkan penglibatan pesakit yang lebih tua dalam penjagaan primer mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan