Dua dos vaksin yang dinyahaktifkan dapat mencegah ensefalitis Jepun selama sekurang-kurangnya satu tahun; namun demikian, perbandingan dengan vaksin lain yang sering digunakan tidak boleh didapati.

Ensefalitis Jepun merupakan penyakit virus yang melibatkan sistem saraf pusat. Tanda-tanda ensefalitis Jepun merangkumi sakit kepala, demam, muntah dan cirit birit. Kebanyakan orang pulih dalam satu minggu tanpa komplikasi, tetapi lebih kurang seorang dalam 300 mengalami tanda tambahan yang teruk seperti disorientasi, sawan, kelumpuhan dan koma. Lebih kurang 30% kes yang teruk boleh membawa maut dan kebanyakan pesakit mengalami kecacatan yang serius dan berlarutan seperti kerencatan akal, kelumpuhan anggota badan dan kebutaan. Dalam ulasan kajian rawak terkawal ini, vaksin yang dinyahaktifkan yang tersedia ada secara komersil, yang diberikan dalam dua dos telah dinyatakan dapat memberikan perlindungan daripada ensefalitis Jepun selama sekurang-kurangnya satu tahun selepas vaksinasi. Namun demikian, ada beberapa kesan sampingan. Perlindungan daripada ensefalitis Jepun dengan dua vaksin, yang digunakan secara meluas di China tetapi pada masa kini masih tidak tersedia ada secara komersial, masih belum dikaji dalam kajian rawak terkawal. Penyelidikan lanjutan tentang semua vaksin yang digunakan pada masa kini dan vaksin yang baru diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Xiao Ying (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan, berkaitan terjemahan ini sila hubungi xylee@ms.pmc.edu.my

Tools
Information