Opioid untuk neonat yang menerima ventilasi mekanikal

Tiada cukup bukti untuk mengesyorkan penggunaan rutin opioid (contohnya morfin) untuk kurangkan sakit dalam kalangan neonat (cukup bulan atau pramasa) yang sukar bernafas terhadap mesin pernafasan. Mesin pernafasan, yang meluas diguna untuk bayi baru lahir cukup bulan dan bayi pramasa dengan masalah pernafasan boleh menyebabkan sakit pada bayi. Oleh sebab bayi baru lahir sangat sensitif kepada sakit - yang boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan masa depan - pengurangan sakit dengan ubat-ubatan (termasuk opioid seperti morfin) mungkin sangat penting. Ulasan ini tidak menemui bukti penggunaan rutin opioid untuk bayi baru lahir yang menggunakan mesin pernafasan. Walaupun kelegaan sakit berubah-ubah, opioid tidaklah lebih baik atau lebih buruk bagi bayi (dari segi kematian, strok, perkembangan masa depan, tempoh ventilasi atau tempoh tinggal di hospital) berbanding ubat-ubatan lain atau plasebo. Penyelidikan lanjut diperlukan.

Ulasan ini telah diganti dengan Ulasan Cochrane yang baharu (Bellù 2021).

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information