Akupunktur untuk pemulihan angin ahmar (strok)

Soalan ulasan

Akupunktur merupakan sejenis rawatan berasaskan perubatan Cina purba di mana jarum halus atau tekanan ditusukkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam badan manusia bagi tujuan teraputik. Kami ingin mengetahui sama ada akupunktur berkesan dalam meningkatkan pemulihan aktiviti harian, pergerakan serta kualiti hidup individu yang pernah mengalami serangan strok lebih daripada sebulan sebelumnya.

Latar belakang

Angin ahmar atau strok merupakan satu punca kematian utama di seluruh dunia serta boleh menyebabkan kecacatan yang parah. Akupunktur ialah sejenis rawatan yang mudah, murah dan selamat yang telahpun diamalkan di negara China selama beberapa ratus tahun dan ia semakin dipraktikkan dalam sesetengah negara barat. Namun, ianya tidak jelas sama ada bukti yang sedia ada mencukupi untuk mengesyorkan kegunaan akupunktur secara rutin.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mengenalpasti 31 kajian sehingga Julai 2015 untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini. Kajian kajian ini melibatkan sejumlah 2257 peserta yang pernah mengalami serangan strok lebih daripada sebulan sebelumnya. Kesemua kajian menyelidik rawatan akupunktur untuk meningkatkan pemulihan berbanding dengan kumpulan yang tidak dapat akupunktur atau diberikan akupunktur 'sham' (tidak benar) Hasil kajian termasuk ukuran aktiviti-aktiviti harian, (aktiviti harian kehidupan) fungsi-fungsi neurologikal, pergerakan, kognisi, kemurungan, penelanan, kesakitan serta kualiti hidup. Kebanyakan kajian (29/31) dijalankan di negara China; kajian-kajian ini berbeza dengan ketara dari segi waktu serangan strok, teknik-teknik khusus yang digunakan, serta kekerapan akupunktur. neurologikal, pergerakan, kognisi, kemurungan, penelanan, kesakitan serta kualiti hidup.Kebanyakan kajian (29/31) dijalankan dinegara China; kajian-kajian ini berbeza dengan ketara dari segi waktu serangan strok, teknik-teknik khusus yang digunakan, serta kekerapan akupunktur.

Keputusan utama

Kami mendapati sedikit bukti bahawa akupunktur meningkatkan aktiviti harian dan beberapa aspek fungsi sistem neurologikal. Namun, rumusan ini adalah berdasarkan kajian-kajian yang berkualiti rendah. Tiada kesan sampingan teruk dilaporkan dan tidak ada maklumat mengenai kesan-kesan akupunktur pada kematian serta keperluan penjagaan institusi.

Kualiti bukti

Penentuan kualiti bukti yang diperolehi amat sukar disebabkan kelemahan dalam laporan ciri-ciri kajian. Oleh itu, kami telah menghuraikan yang kebanyakan rumusan itu memiliki bukti yang berkualiti rendah atau amat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Yap Kar Suan (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Foo Sook Lee / Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi dk_520_emily@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save