Akupunktur untuk kemurungan

Kemurungan terjadi dengan meluasnya di dalam masyarakat kita. Secara klinikal mereka yang mengalami kemurungan akan melaporkan kurang berminat terhadap kehidupan dan aktiviti yang biasanya disukai. Ini boleh berlaku berserta dengan gejala-gejala lain termasuklah susut berat badan, makan berlebihan, merasa diri tidak berguna, gangguan tidur, pengabaian kendiri dan menyisihkan diri, insomnia atau hipersomnia (tidur berlebihan), kehilangan tenaga, kurang keyakinan diri dan lemah tumpuan.

Akupunktur mempunyai sejarah penggunaan yang panjang di China dan Japan. Teori perubatan tradisional Cina menyatakan yang keadaan sihat dikekalkan oleh keseimbangan tenaga dalam tubuh. Akupunktur dilakukan dengan memasukan jarum-jarum halus ke dalam bahagian-bahagian tubuh yang berlainan untuk membetulkan ketidak seimbangan tenaga dalam badan. Terdapat pelbagai jenis akupunktur, seperti akupunktur tradisional/klasik, akupunktur aurikular, akupunktur titik pencetus, dan akupunktur titik tunggal. Perubatan Cina Tradisional (TCM) dan Akupunktur Klasik adalah berasaskan konsep teori Yin dan Yang serta Five Elements dan menjelaskan tentang penyakit dan fungsi fisiologi. Aplikasi perubatan akupunktur cara barat melibatkan penggunaan akupunktur yang menggunakan titik-titik pencetus, titik-titik segmen dan titik-titik formula yang lazim digunakan. Akupunktur perubatan mungkin melibatkan aplikasi akupunktur yang berasakan kepada prinsip neurofisiologi dan anatomi, bukannya prinsip Perubatan Cina Tradisional (TCM) dan falsafah. Terapi aurikular melibatkan penggunaan telinga untuk membuat diagnosis dan diikuti dengan mencucuk jarum pada titik-titik di telinga.

Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan rawatan bantuan-kendiri dan terapi komplimentari menjadi pilihan untuk rawatan kemurungan. Tiga puluh kajian dan 2812 peserta telah terlibat didalam ulasan dan meta-analisis, walaubagaimanapun bukti yang ada tidak mencukupi bagi menunjukkan akupunktur boleh membantu dalam rawatan kemurungan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Azhar Mohd. Yasin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan