Kesan diet garam rendah ke atas tekanan darah dan beberapa hormon dan lipid dalam kalangan orang yang mempunyai tekanan darah norml dan tekanan darah tinggi.

Soalan ulasan

Kajian-kajian yang mana peserta diagihkan secara rawak kepada kumpulan-kumpulan dengan pengambilan garam tinggi dan rendah dianalisa untuk mengkaji kesan pengurangan pengambilan garam terhadap tekanan darah (BP) dan potensi kesan sampingan pengurangan natrium ke atas hormon dan lipid.

Latar belakang

Oleh kerana pengurangan pengambilan garam menurunkan tekanan darah (BP) dalam kalangan individu dengan tekanan darah tinggi, kita sering dinasihatkan untuk mengurangkan garam.Namun, kesan pengurangan garam dalam kalangan orang dengan BP yang normal telah dipersoalkan.Tambahan pula, beberapa kajian tekah menunjukkan pengurangan garam mengaktifkan sistem hormon pengekalan garam (renin dan aldosteron), hormon stres (adrenalin dan noradrenalin) dan peningkatan asid lemak (kolesterol dan trigliserid) dalam darah.

Tarikh carian

Bukti semasa adalah terkini sehingga April 2016.

Ciri-ciri kajian

Seratus lapan puluh lima kajian intervensi bagi 12,210 individu bertempoh empat hingga 1100 hari dimasukkan, yang menilai sekurang-kurangnya satu ukuran kesan.Peserta adalah sihat atau mempunyai tekanan darah yang tinggi.Kajian longitudinal telah menunjukkan kesan pengurangan pengambilan garam terhadap tekanan darah yang stabil selepas tujuh hari maksima dan kajian populasi telah menunjukkan sangat kurang orang yang mengambil 14.5 g garam setiap hari.Oleh itu, kami juga membuat sub-analisis sub-kumpulan 125 kajian dengan tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari dan pengambilan garam maksima 14.5 g.

Sumber dana kajian

Empat puluh empat kajian tidak menyatakan sokongan dana.Seratus dua puluh dua kajian dibiaya oleh yayasan umum.Dua belas kajian dibiaya oleh industri farmaseutikal dan satu kajian oleh syarikat elektronik.Enam kajian dibiaya oleh organisasi industri makanan.

Keputusan-keputusan utama

Purata pengambilan natrium diet telah dikurangkan dari 11.5 g sehari kepada 3.8 g sehari.Pengurangan dalam SBP/DBP dalam kalangan orang yang bertekanan normal adalah lebih kurang 1/0 mmHg, dan dalam kalangan orang yang ada tekanan darah tinggi adalah lebih kurang 5.5/2.9mmHg.Walau bagaimanapun, kesan hormon dan lipid adalah sama dalam kalangan orang yang bertekanan darah normal dan tinggi.Renin meningkat 1.60 ng/mL/jam (55%); aldosteron meningkat 97.81 pg/mL (127%); adrenalim meningkat 7.55 pg/mL (14%); noradrenalin meningkat 63.56 pg/mL (27%); kolesterol menningkat 5.59 mg/mL (2.9%); trigliserid meningkat 7.04 mg/mL (6.3%).

Bukti kualiti

Hanya kajian rawak terkawal dimasukkan dan gred asas bukti dianggap tinggi, walaupun gred bukti diturunkan dalam beberapa analisis kecil.Secara umum, penjelasan prosedur perawakan adalah tidak mencukupi, lantas menimbulkan bias yang boleh memperbesarkan kesan, namun banyak kajian-kajian tersebut telah diterbitkan pada masa laporan penjelasan sedemikian tidak menjadi kelaziman.Kabanyakan kajian adalah terbuka, namun hasilnya tidaklah berbeza dari hasil kajian dwi-butaan.Hampir semua peserta kajian individu dengan tekanan darah normal (BP) tidak menunjukkan kesan pengurangan natrium terhadapa BP, sedangkan banyak kajian dalam kalangan orang dengan bertekanan darah tinggi menunjukkan kesan pengurangan natriun terhadap BP.Oleh itu, terdapat konsistensi gred tinggi di antara hasil kajian individu dengan hasil meta-analisis.Analisis sensiviti kajian sekurang-kurangnya satu minggu (masa keberkesanan maksima) mengesahkan analisis primer. Akhirnya, impak minat komersil ke atas hasil boleh diabaikan.


Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan