Matriks enamel terbitan (Emdogain®) untuk regenerasi tisu periodontal dalam kecacatan intratulang.

Emdogain mungkin mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan kaedah lain dalam regenerasi tisu penyokong gigi yang hilang akibat penyakit gusi, seperti kurang komplikasi selepas pembedahan, namun demikian ia tidak menunjukkan kelebihannya dalam menyelamatkan lebih banyak gigi terkompromi ataupun pesakit menyedari sebarang peningkatan estetik selepas 1 tahun aplikasinya.
Bakteria pada plak boleh menyebabkan penyakit gusi (periodontitis) yang merosakkan tisu penyokong gigi. Pembersihan surgikal cuba membantu dalam menghalang penyakit bagi menyelamatkan gigi yang longgar. Graf tulang, regenerasi tisu berpandu dan terbitan matriks enamel (seperti Emdogain) bertujuan untuk menjana semula tisu sokongan. Emdogain mengandungi protein (yang diperolehi daripada gigi babi yang sedang dibentuk) yang dipercayai dapat menjana atakmen gigi. Ulasan ini mendapati aplikasi tambahan Emdogain menjana lebih kurang 1 mm tisu lebih berbanding pembersihan surgikal, Namun demikian, adalah tidak jelas tahap peningkatan yang dilihat oleh pesakit kerana kebanyakan pesakit tidak mendapati perbezaan dalam keputusan estetik. Emdogain menunjukkan keputusan klinikal yang sama dengan regerasi tisu berpandu, tetapi lebih mudah digunakan dan menglibatkan kurang komplikasi. Tulang gantian boleh menyebabkan kurang peretrakan gusi berbanding dengan Emdogain. Tiada laporan tindakbalas buruk Emdogain dalam kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail, (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh MW Chan(chanmw@pmc.edu.my) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan