Antibiotik untuk mencegah komplikasi selepas cabutan gigi

Cabutan gigi adalah rawatan surgikal untuk mengeluarkan gigi yang rosak akibat karies atau penyakit gusi (dibuat oleh doktor gigi am)Selain itu, alasan lazim untuk cabutan yang dibuat oleh pakar bedah oral adalah pengeluaran gigi geraham bongsu yang tidak tumbuh/terbentuk dengan betul (juga dipanggil gigi geraham bongsu terimpak) atau juga gigi-gigi yang mengalami keradangan atau sakit. 

Risiko jangkitan selepas cabutan gigi geraham bongsu dalam kalangan orang muda yang sihat adalah 10%; namun ia boleh meningkat kepada 25% dalam kalangan pesakit yang kurang sihat atau mempunyai tahap imuniti rendah Komplikasi jangkitan termasuk bengkak, sakit, bernanah, demam dan soket kering (di mana soket gigi tidak dipenuhi klot darah, terdapat kesakitan teruk dan bau busuk) Rawatan bagi jangkitan begini adalah mudah dan melibatkan pengambilan antibiotik dan pengaliran jangkitan dari luka.

Ulasan ini menilai sama ada antibiotik yang diberi sebagai rawatan dapat mencegah jangkitan selepas cabutan. Terdapat 18 kajian dengan 2456 peserta yang menerima antibiotik (pelbagai jenis dan dos) atau plasebo, sejurus sebelum dan/atau selepas cabutan gigi.Terdapat beberapa keraguan tentang aspek rekabentuk dan laporan kajian-kajian tersebut.Dalam semua kajian tersebut, semua peserta yang menjalani cabutan gigi geraham bongsu terimpak adalah sihat dan rawatan dibuat oleh pakar bedah oral.

Ulasan ini memberi bukti bahawa antibiotik yang diberi sejurus sebelum/atau sejurus selepas pembedahan dapat mengurangkan risiko jangkitan, sakit dan soket kering selepas cabuta gigi geraham bongsu oleh pakar bedah mulut, dan antibiotik juga menyebabkan lebih (lazimnya sedikit dan singkat) kesan sampingan untuk pesakit. Tambahan juga, tiada bukti yang menunjukkan antibiotik mencegah demam, bengkak atau masalah pembukaan mulut terhad dalam kalangan pesakit yang melalui cabutan gigi geraham bongsu.

Tiada bukti untuk mengesahkan kesan pencegahan antibiotik bagi cabutan gigi yang rosak teruk, gusi berpenyakit atau cabutan bagi pesakit yang kurang sihat atau mempunyai imuniti rendah kepada jangkitan. Menjalankan kajian dalam kalangan kumpulan ini adalah tidak mungkin atau beretika.Namun, ada kemungkinan dalam situasi di mana pesakit adalah lebih berisiko untuk jangkitan antibiotik pencegahan mungkin bermanfaat, kerana jangkitan dalam kumpulan ini mungkin lebih kerap dan lebih sukar dirawat.

Satu lagi keraguan yang tidak dapat dinilai dengan kajian klinikal, adalah penggunaan antibiotik yang meluas oleh mereka yang tidak ada jangkitan boleh menyumbang kepada pembentukan resistan bakteria.

Ulasan ini merumuskan bahawa antibiotik yang diberi kepada orang awam yang sihat untuk mencegah jangkitan mungkin menyebabkan lebih bahaya dari manfaat kepada pesakit individu dan populasi secara umum.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming ( School of Medicine, Taylor's University, Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my 

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan