Rumusan soya untuk mengelakkan alahan dan intoleransi bayi terhadap makanan

Apabila bayi tidak disusukan secara eksklusif, bukti menunjukkan bahawa penggunaan rumusan soya dan bukannya rumusan susu lembu tidak mengurangkan alahan pada bayi dan kanak-kanak. Rumusan bayi telah direka untuk cuba mengurangkan peluang untuk membangunkan alahan atau intoleransi terhadap makanan. Rumusan-rumusan ini termasuklah rumusan susu lembu terhidrolisis dan soya. Semakan kajian-kajian mendapati bahawa bayi yang berisiko tinggi terhadap alahan yang tidak dapat disusukan sepenuhnya, tiada pengurangan alahan dalam bayi baru lahir dan kanak-kanak yang dikaitkan dengan pemakanan rumusan soya berbanding rumusan susu lembu. Tiada kajian yang sedia ada dapat ditemui yang berbanding soya dengan rumusan protein yang telah dihidrolisis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information