Inhibitor alfa-glucosida untuk penyakit kencing manis (jenis 2)

Inhibitor alfa-glucosida boleh digunakan pada pesakit kencing manis (jenis 2). Ia melambatkan penyerapan karbohidrat ( 'bentuk kompleks gula') dalam usus. Dalam ulasan ini, kami membentangkan data dari meta-analisis yang menunjukkan bahawa penurunan hemoglobin glycated, puasa dan glukosa darah selepas muatan dan selepas suntikan insulin. Tetapi kita mendapati tiada bukti dalam kesan terhadap kadarkematian atau morbiditi. Kami mendapati bahawa kesan dos yang lebih tinggi pada hemoglobin glycated, berbeza dengan glukosa darah selepas muatan, adalah sama. Ini kerana pematuhan yang lebih rendah yang disebabkan oleh peningkatan kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information