Agen tulang untuk kanser payudara

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Apabila kanser payudara (BC) merebak ke tulang (metastasis tulang, BM), agen-agen tulang (ditambahkan kepada rawatan anti-kanser untuk kanser payudara) boleh mengurangkan sakit, patah tulang dan masalah-masalah tulang lain. Wanita dan lelaki dengan kanser payudara lanjutan (ABC) biasanya mengalami metastasis tulang. Kanser tulang boleh menyebabkan sakit, keretakan, hiperkalsemia (terlalu banyak kalsium dalam darah) dan mampatan tumor pada saraf tunjang, menyebabkan kerosakan saraf yang serius dan kekal. Ini adalah kerana deposit kanser boleh menghakis ke dalam tulang dengan menggunakan sel-sel yang menyerap tulang. Bisphosphonate, dan terapi sasaran novel terbaru, denosumab adalah ubat-ubatan yang mengurangkan aktiviti sel-sel yang menyerap tulang ini. Ulasan kajian dalam kalangan wanita dengan BCBM lanjutan mendapati bahawa penggunaan bisphosphoate atau denosumab (sebagai tambahan kepada rawatan kanser lain), boleh mengurangkan masalah tulang yang serius ini. Adalah amat menarik untuk melihat sama ada bisphosphonate dapat mencegah ulangan dan meningkatkan survival pesakit yang dirawat untuk kanser payudara awal (EBC). Walau bagaimanapun, ulasan kajian dalam kalangan wanita dengan EBC tidak dapat mengenal pasti manfaat bisphosphonate sebagai terapi adjuvan pada peringkat ini. Kami perlu menunggu laporan daripada sejumlah besar kajian klinikal sebelum kesimpulan yang kukuh boleh dibuat. Kesan buruk adalah tidak lazim bagi bisphosphonate dan ini termasuklah reaksi ringan usus, demam sementara, hipokalsemia dan risiko kecil osteonekrosis rahang (ONJ), bergantung kepada ubat yang digunakan. Denosumab dilihat sekurang-kurangnya dapat diterima baik seperti bisphosphonate.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Share/Save