Agen antikolinergik untuk asma kronik dalam kalangan orang dewasa

Agen antikolinergik seperti Atrovent kadang kala digunakan untuk merawat pesakit asma sebagai bronkodilator yang membuka saluran udara di dalam paru-paru. Ulasan ini mendapati bahawa walaupun rawatan ini adalah lebih baik daripada plasebo, tetapi saiz kesan agak kecil. Apabila ubat tersebut digunakan dalam kombinasi dengan bronkodilator yang selalu digunakan (beta-agonis seperti fenoterol), ia tidak menambahkan lebih manfaat. Walau bagaimanapun, terdapat bimbangan mengenai kualiti kajian yang telah dianalisis. Mungkin sesetengah orang dewasa dengan asma kronik memberi gerak balas kepada rawatan dengan ubat antikolinergik, tetapi ulasan masih belum dapat mengenal pasti ciri-ciri umum mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save