Rawatan pupla untuk kerosakan meluas gigi susu.

Soalan ulasan

Soalan utama yang dijawab oleh ulasan ini adalah berapa berkesankahkah pelbagai pilihan rawatan kerosakan meluas gigi susu kanak-kanak untuk mengurangkan simptom-simptom (lazimnya sakit, bengkak, pergerakan abnormal) dan tanda gigi (seperti yang tertera pada sinar-x).

Latarbelakang

Kerosakan gigi susu (gigi primer) kanak-kanak boleh merebak dengan cepat, kerapkali sampai kepada saraf gigi (atau pulpa (saraf, vesel darah kecil dan tisu penghubung yang membentuk bahagian tengah gigi). Oleh itu, doktor-doktor gigi perlu membuat salah satu teknik rawatan pulpa: pelapikan pulpa langsung (di mana ubatan diletak terus ke atas pulpa yang terdedah), pulpotomi (pembuangan sebahagian pulpa) atau pulpektomi (pembuangan semua pulpa dalam ruang pulpa dan kanal akar gigi).Dengan pelapikan pulpa langsung dan pulpotomi, sebahagian saraf dalam gigi ditinggalkan sebelum satu bahan diletak di atas tisu pulpa yang 'hidup'. Bahan lazim yang diguna untuk pelapikan pulpa langsung adalah kalsium dihidroksida, bahan baru yang terkini dan lebih mahal adalag agregat trioksida mineral, formokresol atau bahan adhesif yang membolehkan perlekatan restorasi kepada gigi (diletak terus ke atas saraf gigi).Setelah pulpektomi, tiada saraf yang ditinggalkan dalam gigi yang dirawat, tetapi sejenis bahan diletakkan dalam ruang pupla setelah pulpa dibuang dan bahan ini tidak menghalang peresapan akar gigi susu, untuk membolehkan evolusi gigi kekal. Selepas pulpektomi, satu daripada empat bahan yang diguna secara umum adalah ferum sulfat, formokresol, kalsium hidroksida atau agregat trioksida mineral.

Ciri kajian

Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane membuat ulasan kajian sedia ada. Bukti adalah terkini sehingga Oktober 2013.

Kami mendapati 47 kajian yang menyiasat kejayaan rawatan saraf pergigian (rawatan pulpa) 3910 gigi susu. Kajian diterbitkan di antara 1989 dan 2012 dan membuat 52 perbandingan pelbagai pilihan rawatan.

Keputusan utama

Oleh kerana bilangan kajian terhad yang membuat perbandingan, tiada pilihan rawatan yang jelas menunjukkan lebih kebaikan berbanding yang lain untuk rawatan kerosakan meluas gigi susu dalam kanak-kanak.

Kualiti bukti

Kualiti bukti yang dikenalpasti adalah rendah kerana kelemahan kaedah yang diguna dalam setiap kajian, bilangan kanak-kanak yang kecil dalam kajian dan tempoh rawatan susulan yang singkat.

Bagi pelapikan pulpa langsung, bahan terbaik untuk diaplikasi pada saraf tidak dapat dikenalpasti kerana bilangan kajian dan jumlah kanak-kanak yang kecil. Selepas pulpotomi, agregat trioksida mineral mungkin menjadi bahan yang menghasilkan kejayaan rawatan terbaik; namun bukti adalah terhad akibat kelemahan dalam kualiti kajian dan tempoh rawatan susulan kanak-kanak yang singkat. Selepas pulpektomi, pes Vitapex (kalsium hidroksida/iodoform) mungkin menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada zink oksida dan pes eugenol.

Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan keputusan-keputusan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan