Asid lemak Omega-3 poli tak tepu (PUFA) untuk diabetes mellitus jenis 2

Orang yang mempunyai diabetes jenis 2 mempunyai risiko penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi (seperti serangan jantung atau strok). Diabetes mellitus jenis 2 adalah punca yang keempat kematian di negara-negara maju berlaku dengan dua kali ganda dan peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan strok sebanyak dua hingga empat kali ganda. Dyslipidemia biasa (kandungan lipid darah yang tidak normal) yang berkaitan dengan diabetes jenis 2 adalah gabungan hypertriglyceridemia (tahap lemak yang tinggi (trigliserida) dalam darah), tahap rendah kolesterol HDL (ketumpatan lipoprotein tinggi) dan komposisi LDL yang tidak normal (ketumpatan lipoprotein rendah). Tahap kolesterol HDL yang rendah dan tahap kolesterol LDL yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, manakala peningkatan tahap trigliserida mempunyai perkaitan yang kurang jelas dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Beberapa pendekatan farmakologi telah digunakan untuk merawat diabetes dyslipidemia dan pendekatan pemakanan standard memberi tumpuan kepada penyekatan pengambilan lemak tepu dan mengehadkan karbohidrat ringkas dan pengambilan alkohol. Pada akhir 1980-an, beberapa penyelidik melaporkan penggunaan tambahan pemakanan dengan minyak ikan sebagai satu cara untuk merawat dyslipidemia diabetes. Lemak dalam diet dan minyak daripada pelbagai sumber mempunyai perbezaan yang ketara dalam komposisi asid lemak. Lemak haiwan kaya dengan asid lemak tepu manakala sayur-sayuran dan minyak ikan laut kaya dengan asid lemak tak tepu. Kebanyakan minyak ikan dipanggil Omega-3 beraneka (asid lemak omega-3 poli tak tepu (PUFA)).
Kami telah mengenal pasti 23 ujian rawak (tempoh maksimum lapan bulan) yang melibatkan 1075 orang mana omega-3 PUFA dibandingkan dengan minyak sayur-sayuran atau plasebo. Ujian-ujian ini tidak melihat kepada titik hujung kardiovaskular dalam penyakit kardiovaskular atau kematian sebagai salah satu kesan yang diukur.
Ulasan ini menunjukkan walaupun beberapa jenis lemak dalam darah dikurangkan melalui suplemen omega-3, lemak yang lain termasuk kolesterol LDL (yang boleh menggalakkan penyakit jantung) telah meningkat. Kawalan tahap gula dalam darah tidak terjejas oleh rawatan. Tiada sebarang kesan sampingan yang lain daripada intervensi diperhatikan. Hasil ujian klinikal yang dijalankan dalam jangka masa yang mencukupi diperlukan untuk mengesahkan peranan omega-3 PUFA dalam diabetes jenis 2 tetapi keputusan kami tidak mencadangkan kesan berbahaya pada keseimbangan lemak darah. Ujian-ujian ini juga mengesahkan bahawa ia tidak mempunyai kesan buruk kepada kawalan gula dalam darah .

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save