Interventionis berbanding penjagaan standard untuk pra-eklampsia teruk sebelum tempoh

Apakah isunya?

Wanita yang mengalami pra-eklampsia (tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing) sebelum 34 minggu kehamilan (permulaan awal) berisiko mendapat komplikasi yang teruk, dan juga kematian. Ini melibatkan hati, buah pinggang, dan sistem pembekuan wanita, dan menyebabkan gangguan neurologi, seperti sakit kepala, gangguan penglihatan, dan sawan. Jika uri terlibat, ini boleh menyebabkan sekatan pertumbuhan atau mengurangkan cecair amniotik, meletakkan bayi dalam risiko.

Mengapakah ini penting?

Satu-satunya ubat yang diketahui untuk pra-eklampsia adalah melahirkan bayi. Lahir terlalu awal dengan sendirinya boleh mengakibatkan masalah kepada bayi, walaupun dengan pemberian kortikosteroid 24 hingga 48 jam sebelum itu, untuk membantu mematangkan paru-paru. Sesetengah hospital mengikut dasar bersalin awal, dalam masa 24 hingga 48 jam, dipanggil pengurusan intervensionis, manakala yang lain lebih suka menangguhkan kelahiran sehingga tidak lagi dapat menstabilkan keadaan wanita dengan selamat, dipanggil pengurusan mengandung.

Apakah bukti yang kami dapati?

Kami mencari bukti pada November 2017 dan mengenal pasti enam kajian rawak. Ulasan ini termasuk enam kajian yang secara rawak membahagi wanita kepada dasar pengurusan intervensionis atau pengurusan standard apabila mengalami pra-eklampsia yang teruk sebelum kehamilan 34 minggu. Seramai 748 wanita telah dimasukkan ke dalam enam kajian ini. Bayi yang dilahirkan oleh wanita bawah pendekatan intervensionis berkemungkinan besar mengalami kesan buruk seperti pendarahan otak (pendarahan intraventrikular). Mereka juga mungkin lebih berkemungkinan memerlukan pengudaraan, tinggal lebih lama dalam unit neonatal, mempunyai umur kandungan yang lebih rendah semasa lahir dalam beberapa hari, dan berat badan lebih rendah semasa lahir daripada bayi yang dilahirkan oleh wanita bawah pendekatan pengurusan hamil. Terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk kesimpulan yang boleh dipercayai tentang kesan ke atas kematian perinatal. Bayi yang ibunya telah bawah kumpulan intervensionis kurang berkemungkinan dimasukkan ke rawatan rapi neonatal.

Tiada kematian ibu dalam dua kajian yang melaporkan hasil ini. Bukti kualiti adalah sangat rendah untuk hasil sawan (eklampsia), atau cecair dalam paru-paru (edema pulmonari), dan oleh itu adalah tidak pasti sama ada penjagaan interventionis membuat sebarang perbezaan yang jelas kepada kesihatan ibu. Bukti daripada dua kajian mencadangkan sedikit atau tiada perbezaan yang jelas antara kumpulan nterventionis dan penjagaan masa depan untuk bentuk pra-eklampsia yang teruk, yang menjejaskan hati dan pembekuan darah, dipanggil sindrom HELLP, yang bermaksud hemolisis (pecahan sel darah merah), enzim hati yang tinggi (tanda kerosakan hati), dan platelet rendah (platelet membantu darah membeku). Tiada kajian melaporkan kejadian strok pada ibu. Dengan penambahan data daripada dua kajian untuk kemas kini ini, kini terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penjagaan intervensi mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada kadar pembedahan caesarean.

Apakah maksud ini?

Sekiranya tiada tanda ibu atau janin yang berlebihan untuk bersalin segera, kelewatan mungkin lebih bermanfaat untuk bayi. Walau bagaimanapun, terdapat data yang tidak mencukupi untuk membolehkan kami membuat kesimpulan yang boleh dipercayai tentang kesan perbandingan pada kebanyakan hasil untuk ibu, dan dengan itu keselamatan ibu bagi pendekatan mengandung.

Bukti ini berdasarkan data daripada hanya enam kajian. Kajian besar selanjutnya dengan susulan jangka panjang kanak-kanak diperlukan untuk mengesahkan atau menafikan sama ada penjagaan mengandung lebih baik daripada bersalin awal bagi wanita yang mengalami pra-eklampsia teruk sebelum kehamilan 34 minggu.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information