Intervensi untuk mengganti kehilangan gigi: mengekalkan dan memulihkan kesihatan tisu lembut di sekeliling implan pergigian.

Kehilangan gigi boleh diganti dengan implan pergigian. Walau bagaimanapun, mengekalkan kesihatan gusi di sekitar implan adalah penting kerana ia boleh dipengaruhi secara negatif oleh plak pergigian dan keradangan. Pencegahan termasuklah teknik pembersihan implan oleh pesakit dan pembersihan regular oleh profesional pergigian. Ubat kumur mulut antibakteria boleh mengurangkan plak dan perdarahan di sekeliling implan, namun tiada bukti bahawa berus gigi berkuasa adalah lebih baik daripada berus gigi manual ataupun memberus dengan gel atau ubat gigi tertentu lebih baik berbanding yang lain.Di antara rawatan profesional yang diberi, tiada bukti bahawa asid fosforik lebih berkesan daripada penskaleran dan penggilapan, bahawa klorheksidin di bahagian dalam implan lebih baik berbanding larutan fisiologi atau antibiotik topikal yang dimasukkan di bawah mukosa lebih baik daripada gel klorheksidin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail, (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information