Propylthiouracil bagi penyakit hati alkoholik

Kebanyakan penyakit hati i negara barat adalah ddisebabkan oleh alkohol. Propylthiouracil - sejenis ubat antithyroid yang digunakan untuk pesakit yang mempunyai metabolisme yang tinggi - telah dicadangkan sebagai rawatan berpotensi untuk penyakit hati alkoholik. Enam kajian rawak klinikal dengan jumlah 710 pesakit telah dimasukkan ke dalam ulasan sistematik ini. Kajian-kajian secara amnya mempunyai risiko berat sebelah yang tinggi. Penyelidik tidak dapat menunjukkan kesan utama yang ketara daripada propylthiouracil ke atas semua-sebab kematian, kematian berkaitan dengan hati, komplikasi hati atau histologi hati pesakit dengan penyakit hati alkoholik. Walaupun propylthiouracil tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko peristiwa buruk, terdapat peristiwa buruk yang berlaku sekali-sekala (leukopenia, letusan bullous umum). Kajian termasuk sebilangan kecil pesakit dan risiko ralat rawak adalah tinggi. Seolah-olah tiada bukti untuk menggunakan propylthiouracil untuk penyakit hati alkoholik di luar kajian rawak klinikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information