Fluorida topikal (ubat gigi, ubat kumur mulut, gel atau varnis) untuk pencegahan karies gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

Penggunaan ubat gigi, ubat kumur mulut, gel atau varnis berfluorida mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Kerosakan gigi (karies pergigian) adalah sakit, mahal untuk dirawat dan boleh merosakkan gigi dengan serius. Fluorida adalah mineral yang mencegah kerosakan gigi. Ulasan kajian mendapat kanak-kanak berumur 5 hingga 16 tahun yang mengaplikasi fluorida dalam bentuk ubat gigi, ubat kumur mulut, gel atau varnis mempunyai kurang kerosakan, kehilangan gigi dan tampalan gigi tidak kira sama ada air minum mereka berfluorida. Penggunaan aplikasi sendiri fluorida yang diawasi menambahkan manfaat. Varnis fluorida mungkin mempunyai kesan yang lebih namun lebih banyak kajian yang bermutu tinggi diperlukan untuk mengesahkan berapa besar kesan rawatan tersebut dan sama ada mereka mempunyai kesan buruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan