Bukti tidak mencukupi sama ada pemberian antibiotik kepada mereka yang mendapat serangan asma ( tanpa bukti jangkitan) adalah berkesan.

Pesakit asma yang mendapat serangan akut yang perlu dimasukkan ke hospital sering dirawat dengan antibiotik, sebagai langkah berjaga-jaga bahawa penyebab serangan asma itu adalah jangkitan bakteria. Ulasan ini mengkaji bukti terapi ini dan sama ada ia diperlukan bagi pesakit yang mana x-ray dan parameter diagnostik yang lain tidak menunjukkan jangkitan bakteria. Beberapa kajian telah dikenal pasti oleh carian yang dijalankan dan data daripada kajian tersebut telah diekstrak dan dianalisis. Kesimpulan kajian ini ialah walaupun mungkin terdapat sedikit bukti untuk menyokong penggunaan antibiotik dalam rawatan asma akut, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengulas terapi ini terutamanya di dalam kumpulan pesakit yang tertentu, iaitu pesakit yang lebih tua.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save