Apakah kaedah terbaik untuk mengekalkan posisi gigi yang betul selepas rawatan ortodontik? 

Soalan ulasan

Pendekatan manakah yang lebih berkesan untuk mengekalkan gigi di posisi baru selepas tamat rawatan dengan pendakap ortodontik?

Latarbelakang

Setelah tamat rawatan mengatur gigi dengan pendakap ortodontik, gigi boleh menjadi tidak teratur semula.   Pakar-pakar ortodontik cuba menghalangnya dengan pelbagai prosedur pengekalan.Prosedur pengekalan termasuk memakai alat 'retainer' yang menutupi gigi atau 'retainer' yang dilekat di bahagian belakang gigi yang dikenali sebagai 'prosedur penunjang'.'Prosedur penunjang' menukar bentuk sentuhan antara gigi atau melibatkan prosedur memotong hubungan gusi dengan leher gigi.

Ciri kajian

Kami mencari pangkalan data saintifik untuk mengenalpasti bukti baru sehinggan 26 Januari 2016.Ulasan ini adalah kemas kini terbitan terdahulu pada 2006.Kami memasukkna 15 kajian yang membanding pelbagai jenis 'retainer' kekal dan boleh tanggal serta pelbagai tempoh masa pemakaian.Terdapat 1722 peserta dewasa dan kanak-kanak.Sembilan kajian bertempat di persekitaran hospital atau universiti, lima kajian di klinik pakar dan satu kajian di klinik perkhidmatan kesihatan kebangsaan.

Kajian-kajian tersebut menilai empat perbandingan: 'retainer' boleh tanggal berbanding 'retainer' tetap (3 kajian); pelbagai jenis 'retainer' tetap (4 kajian); pelbagai jenis 'retainer' boleh tanggal (lapan kajian); dan satu kajian membandingkan kombinasi 'retainer' tetap dan boleh tanggal, kegunaan prosedur penunjang dan alat pemposisi gigi.

Kami juga mendapati empat kajian yang sedang berlangsung dan empat kajian yang belum diklasifikasi.

Keputusan utama

Kebayakan bukti berkualiti rendah.Satu kajian kecil tetapi baik yang membandingkan pemakaian 'retainer' termoplastik sepenuh dan separuh masa tidak mendapati perbezaan kestabilan (kualiti bukti sederhana)

Kualiti bukti

Tidak terdapat bukti yang berkualiti tinggi untuk mengesyorkan sebarang pendekatan pengekalan.Lebih kajian yang berkualiti tinggi adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal. Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor's University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my 

Tools
Information
Share/Save