Pelekat untuk pendakap ortodontik tetap

Latar belakang

Adalah penting untuk ahli klinikal untuk mengetahui pelekat yang terbaik untuk melekatkan pendakap ortodontik agar tidak tertanggal semasa rawatan. Kegagalan pendakap memanjangkan tempoh masa pembedahan dan keseluruhan tempoh rawatan. Masa kini pakar ortodontik boleh memilih antara empat kumpulan pelekat yang boleh set melalui tindakbalas kimia atau cahaya. Sesetengah pelekat boleh mencegah kerosakan awal di sekeliling pendakap kerana mengandungi fluorida.

Ciri-ciri kajian

Bukti dalam ulasan yang dibuat bersama Kesihatan Oral Cochrane adalah terkini sehingga 26 September 2017. Kami sertakan tiga kajian: komposit awet kimia berbanding komposit awet cahaya (satu kajian), simen ionomer kaca konvensional (satu kajian) dan komposit resin terubah-polyasid (kompomer) (satu kajian). Secara am, kualiti laporan kajian adalah lemah.

Keputusan utama

Tiada bukti jelas dalam membantu membuat keputusan klinikal mengenai jenis pelekat ortodontik untuk digunakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal. Medical College). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save