Intervensi bagi uri berkedudukan rendah di dalam rahim

Bukti bagi penjagaan terbaik untuk masalah uri berkedudukan rendah di dalam rahim adalah sedikit, walaupun jahitan pada serviks ketika kehamilan boleh mengurangkan kelahiran bayi tidak cukup bulan yang berkait dengan keadaan ini.

Uri berkedudukan rendah atau dalam bahasa perubatannya disebut sebagai placenta previa adalah keadaan dimana uri terletak di bahagian bawah di dalam rahim. Ini boleh bermaksud sama ada ia terletak secara keseluruhannya di pintu serviks (pintu rahim) atau sebahagiannya sahaja. Placenta previa boleh menyebabkan kehilangan darah yang boleh membawa maut. Placenta previa boleh didiagnos dengan pelbagai cara dan terdapat pelbagai pilihan penjagaan semasa waktu kelahiran. Walaubagaimanapun, kesemua bentuk penjagaan tersebut hanyalah cubaan bagi 'mengikat' pangkal rahim (cerclage pada serviks), dan kesan-kesan kemasukan ke hospital. Kajian mendapati cerclage serviks boleh mengurangkan kelahiran yang sangat pramatang, walaupun buktinya tidak kukuh. Bukti bagi kelebihan dan kekuranganan kemasukkan ke hospital juga adalah sedikit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nurul Fazliyana binti Md Faizal (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nurul.fazliyana@yahoo.com

Tools
Information