Intervensi untuk merawat kandidiasis oral dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan kanser

Rawatan kanser boleh menyebabkan jangkitan kulat yang teruk (kandidiasis, yang disebut thrush) di dalam mulut. Ia menyebabkan sakit, kesukaran untuk makan dan tempoh tinggal di hospital lebih lama. Jangkitan boleh merebak ke tubuh badan dan mengancam nyawa. Pelbagai ubat diguna untuk cuba melegakan kandidiasis. Tiada cukup bukti yang menunjukkan bahawa ubat antikulat boleh mencegah jangkitan kulat di dalam mulut bagi pengidap kanser dan lebih banyak kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipa). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information