Betahistine untuk penyakit atau Sindrom Ménière

Penyakit Ménière adalah gangguan telinga dalam yang mengakibatkan pening berpusing (vertigo), hilang pendengaran dan telinga berdesing (tinnitus), dan ia boleh menjejaskan kehidupan. Ia tiada penyebab yang diketahui. Apabila ia disebabkan oleh gangguan telinga dalam, ia dipanggil Sindrom Ménière. Kedua-duanya (penyakit dan sindrom) sukar untuk didiagnos. Ubat betahistine hydrochloride (Serc®, Betaserc®) telah digunakan untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan. Sungguhpun ubat tersebut diterima baik oleh pesakit yang menggunakannya, ulasan kajian-kajian tidak menemui cukup bukti untuk menunjukkan sama ada ia benar-benar membantu. Kajian lanjut adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information
Share/Save