Sealant untuk mencegah kerosakan gigi di kalangan gigi kekal

Walaupun kanak-kanak dan remaja pada masa kini mempunyai gigi yang lebih sihat berbanding dengan pada masa dahulu, kerosakan gigi (karies gigi) masih menjadi masalah di sesetengah kalangan individu dan populasi, malah ia mempengaruhi ramai orang di seluruh dunia. Kebanyakan kerosakan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja tertumpu kepada permukaan kunyah gigi belakang. Pilihan rawatan pencegahan untuk kerosakan gigi termasuklah memberus gigi, suplemen fluorida (misalnya gula-gula getah) dan aplikasi fluorida topikal dan penggunaan sealant gigi yang dilakukan di klinik pergigian.

Memandangkan pencegahan karies pergigian adalah penting dari sudut pandangan kesihatan awam, Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane membuat ulasan penyelidikan yang sedia ada untuk mengkaji sama ada penggunaan sealant gigi dalam mencegah kerosakan gigi. Tiga puluh empat kajian dimasukkan ke dalam ulasan ini , Kanak-kanak dan remaja yang mengambil bahagian berumur dari 5 hingga 16 tahun dan mereka mewakili populasi umum.

Carian kajian dikemas kini pada 1 hb November 2012

Penggunaan sealant gigi adalah bertujuan untuk mencegah pertumbuhan bakteria yang mengalakkan kerosakan gigi di bahagian alur gigi belakang. Sealant diletak pada alur-alur gigi oleh doktor pergigian atau ahli pasukan penjagaan pergigian. Terdapat beberapa jenis bahan sealan, antara yang diguna adalah sealant berasaskan resin dan simen ionomer kaca.

Ulasan ini meringkaskan maklumat daripada 34 kajian yang melibatkan 6529 remaja yang menerima pelbagai sealant gigi untuk mencegah karies dan memuktikan bahawa penggunaan sealant pada permukaan gigi belakang yang melibatkan pengunyahan dapat mengurangkan karies berbanding dengan kumpulan yang tidak menggunakan sealant.

Dua belas daripada 34 kajian membuat perbandingan di antara kumpulan menggunakan sealant berasaskan resin dengan kumpulan yang tidak menggunakan sealant, mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan sealant di belakang gigi kurang cenderung mendapat kerosakan gigi belakang berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menggunakan sealant. Misalnya, jika 40% gigi belakang mendapat kerosakan dalam tempoh 2-tahun, maka penggunaan sealant dapat mengurangkanya sebanyak 6%. Dalam sekumpulan lagi kanak-kanak di mana 70% gigi belakang mendapat kerosakan dalam tempoh 2-tahun, penggunaan sealant mengurangkannya sebanyak 19%. Keputusan ini adalah berdasarkan enam kajian (lima daripadanya diterbitkan pada tahun 1970an) di mana kanak-kanak tersebut berumur 5 hingga 10 tahun semasa sealant diletakkan. Manfaat yang sama ditunjukkan dengan penggunaan sealant berasaskan resin sehingga 9 tahun.Tiada manfaat yang jelas di antara jenis sealan yang berlainan apabila dibandingkan diantara satu sama yang lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail, (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh MW Chan(chanmw@pmc.edu.my) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan