Bantuan membuat keputusan ("decision aids") bagi orang yang perlu membuat keputusan rawatan kesihatan atau saringan

Soalan ulasan

Kami mengulas kesan-kesan bantuan membuat keputusan ("decision aids") bagi orang yang perlu membuat keputusan tentang rawatan kesihatan atau saringan. Di dalam kajian kemas kini ini, kami menambah 18 kajian baru dengan jumlah 105 kajian.

Latar belakang

Membuat keputusan tentang rawatan terbaik atau opsyen saringan boleh menjadi sukar. Orang ramai boleh menggunakan bantuan membuat keputusan ("decision aids") apabila terdapat lebih dari satu opsyen dan apabila tidak jelas yang mana lebih baik, atau opsyen mana lebih bermanfaat and mudarat yang mereka fikirkan. Bantuan keputusan ("decision aids") mungkin dalam bentuk pamflet, video, atau alat berasaskan sesawang. Ia menjelaskan keutusan, menerangkan opsyen, dan membantu orang berfikir mengenai opsyen dari pandangan peribadi (misalnya berapa pentingkah kemungkinan manfaat atau mudarat).

Ciri kajian

Bagi kajian yang diterbitkan sehingga April 2015, terdapat 105 kajian melibatkan 31,043 peserta. Bantuan membuat keputusan ("decision aids") memfokuskan 50 keputusan yang berbeza. Keputusan yang lazim adalah kerkenaan surgeri, saringan (misalnya kanser prostat, kanser kolon, pranatal), ujian genetik dan rawatan ubatan (misalnya diabetes, fibrilasi atrium). Bantuan membuat keputusan ("decision aids") dibanding dengan penjagaan biasa yang mungkin juga termasuk maklumat umum atau tiada intervensi. Di dalam 105 kajian tersebut, 89 kajian menilai bantuan membuat keputusan ("decision aids") yang diguna oleh orang-orang yang sedang bersedia untuk bertemu klinisian, dan 16 kajian menilai semasa lawatan dengan klinisian.

Keputusan utama dan kualiti bukti.

Apabila orang ramai menggunakan bantuan membuat keputusan ("decision aids"), mereka menambah baik pengetahuan tentang opsyen (bukti berkualiti tinggi) dan berasa lebih maklum dan jelas tentang perkara-perkara yang yang paling mempengaruhi mereka (bukti berkualiti tinggi). Mereka mungkin mendapat jangkaan lebih tepat tentang manfaat dan mudarat opsyen (bukti berkualiti sederhana) dan mungkin lebih mengambil bahagian dalam membuat keputusan (bukti berkualiti sederhana). Orang-rang yang menggunakan bantuan membuat keputusan ("decision aids") mungkin mencapai keputusan yang lebih konsisten dengan nilai-nilai termaklum (bukti tidak cukup kuat; kajian selanjutnya mungkin mengubah keputusan) Orang ramai dengan klinisian mungkin lebih cenderung untuk membincangkan keputusan apabila menggunakan sesuatu bantuan membuat keputusan ("decision aids"). Bantuan membuat keputusan mempunyai pelbagai kesan terhadap opsyen pilihan, bergantung kepada pilihan yang dipertimbangkan. Bantuan membuat keputusan ("decision aids") tidak menjadikan hasil kesihatan lebih teruk, dan mereka yang menggunakannya tidaklah kurang berpuas hati. Lebih kajian diperlukan untuk menilai jika orang ramai meneruskan opsyen yng mereka pilih dan juga bagaimana untuk menilai impak bantuan membuat keputusan ("decision aids") terhadap sistem penjagaan kesihatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan