Antibiotik untuk cirit-birit Salmonella bukan tifoid

Salmonella bukan tifoid (NTS) boleh menyebabkan cirit-birit dalam kalangan sesetengah orang. Dalam ulasan ini, kami menyiasat manfaat dan keselamatan antibiotik untuk rawatan NTS berbanding plasebo atau tanpa rawatan antibiotik. Kami mendapati bahawa dalam kalangan orang-orang yang sihat, rawatan dengan antibiotik tidak mempunyai sebarang manfaat berbanding rawatan tanpa antibiotik. Tambahan pula, rawatan dengan antibiotik membuatkan pesakit lebih mungkin terus mengeluarkan organisme yang sama sehingga satu bulan selepas rawatan. Kami tidak dapat komen tentang penggunaan antibiotik dalam kalangan orang-orang yang sangat muda, orang-orang yang sangat tua dan orang-orang yang tidak mampu untuk melawan jangkitan kerana kajian yang dikenal pasti tidak memasukkan pesakit-pesakit ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save