Alendronate untuk mencegah keretakan yang disebabkan osteoporosis dalam kalangan wanita selepas menopaus

Ringkasan ulasan Cochrane ini memaparkan apa yang diketahui dari penyelidikan mengenai kesan alendronate untuk mencegah keretakan (tulang patah) yang disebabkan oleh osteoporosis.

Dalam kalangan wanita yang telah didiagnos dengan ketumpatan tulang yang rendah, meletakkan mereka sebagai beririsiko untuk keretakan, atau telahpun mempunyai keretakan tulang di tulang belakang, alendronate:

- mungkin mencegah keretakan tulang belakang, tulang pinggul atau pergelangan tangan, atau tulang selain tulang belakang.

Dalam kalangan wanita dengan ketumpatan tulang lebih menghampiri normal, atau mereka yang masih belum menapat keretakan tulang di tulang belakang, alendronate:

- mungkin mencegah keretakan tulang belakang

- mungkin tidak menunjukkan perbezaan dalam keretakan di tulang pinggul, pergelangan tangan atau tulang selain tulang belakang.

Kami seringkali tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi. Ini terutamanya benar untuk kesan sampingan serius tetapi jarang berlaku. Kesan sampingan yang mungkin termasuklah masalah penghadaman seperti kecederaan di tekak, esofagus dan perut dan, lebih jarang, kekurangan bekalan darah ke tulang rahang, yang menyebabkan tisu tulang terurai.

Apa itu osteoporosis dan apakah alendronate?
Tulang adalah bahagian badan yang hidup dan membesar Sepanjang hayat, sel-sel tulang baharu tumbuh dan sel-sel tulang lama terurai untuk memberi ruang bagi tulang baru, yang lebih kuat. Bila anda mempunyai osteoporosis, tulang-tulang lama terurai lebih cepat dari keupayaan tulang baharu untuk menggantikannya. Bila ini berlaku, tulang-tulang kehilangan mineral (seperti kalsium). Ini menjadikan tulang-tulang lebih lemah dan lebih mudah patah walaupun selepas kemalangan kecil, seperti hentakan kecil atau jatuh. Wanita lebih mungkin untuk mendapat osteoporosis selepas menopaus.

Alendronate tergulung dalam kelas ubat yang digelar 'biphosphonate' Ia adalah sejenis ubat yang memperlahankan sel-sel yang menguraikan tulang lama.

Anggaran terbaik mengenai apa yang terjadi kepada wanita yang telah didiagnos dengan ketumpatan tulang rendah atau yang telah mempunyai keretakan di tulang belakang:

Keretakan tulang belakang

              - 12 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil plasebo

              -6 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil alendronate

Keretakan di tulang pinggul atau pergelangan tangan

               -2 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil plasebo

               -1 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil alendronate

Keretakan tulang selain dari tulang belakang

               -9 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil plasebo

               -7 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil alendronate

Anggaran terbaik mengenai apa yang terjadi kepada wanita yang ketumpatan tulang mereka lebih hampir kepada normal atau mereka yang belum mengalami keretakan tulang dalam tulang belakang:

Keretakan tulang belakang

                - 3 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil plasebo

                - 1 dari 100 wanita mengalami keretakan apabila mengambil alendronate

 Keretakan dalam tulang selain tulang belakang:

                 - 1 dari 100 wanita mengalami keretakan tulang pinggul apabila mengambil plasebo

                 - 1 dari 100 wanita mengalami keretakan tulang pinggul apabila mengambil alendronate

               - 3 dari 100 wanita mengalami keretakan pergelangan tangan apabila mengambil plasebo

                 - 4 dari 100 wanita mengalami keretakan pergelangan tangan apablia mengambil alendronate

                - 13 dari 100 wanita mengalami keretakan di tempat selain dari tulang belakang apabila mengambil plasebo

                 - 12 dari 100 wanita mengalami keretakan di tempat selain dari tulang belakang apabila mengambil alendronate

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save