Adakah hipnoterapi dapat membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok

Jenis hipnoterapi yang berbeza digunakan untuk mencuba membantu orang berhenti merokok. Beberapa kaedah cuba untuk melemahkan keinginan untuk merokok, mengukuhkan niat mereka untuk berhenti atau membantu mereka menumpukan perhatian terhadap 'program berhenti'. Kajian-kajian telah menggunakan pelbagai jenis dan jumlah hipnoterapi dan membandingkan mereka dengan keadaan kawalan yang berbeza, termasuk tiada rawatan, nasihat ringkas atau kaunseling berhenti merokok. Walaupun ianya tidak mustahil untuk hipnoterapi itu boleh berkesan sebagai rawatan kaunseling, tidak terdapat bukti yang cukup untuk membuktikannya .

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save